Archive for May 2011

mengubat hati ... mengingat mati


.


hari ini, memberi sedikit masa utk diri sendiri. mengubat hati. membaca tentang mati. membaca tentang mati. membaca tentang mati. membaca lagi tentang mati. dan mati.

mati. satu garisan pemisah yang akan dirasai oleh setiap makhluk yang hidup. saat itu, jasad kaku dan beku. walau sekaya mana kita..sekuat mana kita...sehebat mana kita..atau seagung mana kedudukan kita... jasad kaku itu tidak mampu berbuat apa-apa. ia tetap disitu. kaku!

kenapa hari ini aku memilih mati?
satu satunya pekara yang membuat kita kuat utk melepaskan segala kecintaan dunia.. hanyalah M.A.T.I .

bukan mudah. bukan mudah utk melepaskan dunia yg kita rasakan cukup indah sekali.

pertamanya, aku masih muda. aku sering lupa...mati itu tidak mengira usia.

pernah aku melepaskan...seluruh rasa cinta...kerna mengigat DIA... ya Allah.. yang memiliki semuanya. aku buang semua rasa. tidak mungkin ada manusia boleh memberi cinta seindah Dia.
bila dipinjamkanNYA sedikit kemanisan.. aku kembali lagi ..lupa. lupa semuanya MILIK DIA.

namun..DIA, tetap menunggu kita dengan sabar.. menunggu kita kembali kpdNYA.



TANGGUNGJAWAB


.

Peringkat : Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah/Rendah
Jawatan : Pegawai Bimbingan dan Kaunseling Sekolah (DG3/DG6)
~Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling sekolah.
~Mengenal pasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.

~Merancang, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.

~Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.

~Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.

~Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.

~Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.

~Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPVM dan STPM.

~Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.

~Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

~Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

~Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.

~Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

~Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

~Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

~Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

~Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya. Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.

~Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.

~Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.

~Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah

~Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

~Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
~Mengenal pasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan , soal selidik , temu bual dan perbincangan dengan pelajar , guru , pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas pelajar.

~Merancang ,mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
~Mengumpul ,menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai .

~Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum .

~Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika .

~Merancang, melaksana dan mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.

~Merancang, melaksana dan mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan UPSR dan Ujian Bulanan

~Merancang, melaksana mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah , rokok dan alkohol.

~Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah terpilih.

~Merancang, melaksana mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

~Merancang, melaksana mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru , kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.

~Membuat penilaian aktiviti , modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

~Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan beban resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

~Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

~Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

~Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru , kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.

~Menjadi personel perhubungan /seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.

~Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.

~Menjadi Ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah

~Menjadi Penyelaras dalam Program Mentor-Mentee sekolah.
~Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri , kursus ketatanegaraan dan sebagainya.