Archive for 2010

Littlemenin: cINTa dAN CeRiTA


.

Littlemenin: cINTa dAN CeRiTA

cINTa dAN CeRiTA


.

cerita yg paling best...cerita cinta...hi2 semua nak eppy ending..tp tak logik lah kan, mcm hero industan plak..dtg lambat pun leh menang...hu3. itu bukan topiknya... yang nak dikongsikan disini adalah cinta itu hanya cerita...

Buat tatapan adik2 yang dikasihi, yg sedang belajar menyinta dan dicinta...jangan lah diserah "segala" kerana cinta... cinta itu tulus..cinta itu suci.. bukan cinta itu dengan mengorban diri. Perjalanan ini terlalu panjang...cinta demi cinta akan kita temui... sehingga kita belajar menyintai yang ABADI dan HAKIKI...disana kita akan mengerti "cinta itu hanya cerita"...

Melarang adik-adik bercinta samalah seperti memaksa diri ini tidak ke K.F.C... uhukzz.. MUSTAHIL YG TERAMAT... kerana diri ini juga pernah merasa CINTA MATI... kononya.. binalah benteng itu dlm diri adik2... kekuatan itu bukan pada nasihat dan pesanan dari orang lain.. kekuatan itu bila ada kesedaran dalam diri.. sesekali renungkan tentang kehidupan, bayangkan kehidupan kita 5 tahun...10 tahun akan datang... perjalanan kita terlalu jauh sayang... jangan kerana "sebuah cerita cinta" kita hanyut dan karam sendirian...

Lihat sekeliling adik-adik... punya ibu yang sedari kecil menatang anda dengan penuh kasih sayang...ayah yang membanting tulang...bekerja siang dan malam...berbaloi kah itu semua dilupakan hanya kerana cinta "pada seorang teman" yang baru dikenali? yang... belumpun pasti mampu memberi sesuap nasi...

sedikit tentang aku ...dlm perjalananku


.

Aku mengutip daun-daun kering yang berguguran di laman rumah, lambat-lambat tanganku mencapai daun yang bertaburan. Nyaman sekali suasana malam ini. Sejuk, segar dan menyenangkan. Sepohon jambu di hadapan rumah sewa kami sedang berbuah lebat dan semakin galak pula daunnya gugur. Mungkin kerna zatnya diserap buah jambu yang baru hendak masak agaknya, maka daun berkorban. Aku membuat andaian sendiri.

“Dik, tolong ambil mancis, saya mau bakar daun jambu!” Pekik ku dari laman rumah.

Smentara menunggu Adik, aku duduk sebentar di kerusi simen, yang dibuat dan dicat seperti kayu. Aku memandang ke langit mencari bulan sambil memikir.

Kesilapan. Adakah pilihan ku untuk jadi seorang kaunselor ini satu pilihan yang benar-banar tepat. Soalan yang kerap menerjah ruang lamunanku.

Kos lepas. Aku teringat teori ekonomi yang diajar oleh cikgu Hidiawati. Cikgu kesayangan ku di tingkatan enam. “Hidup ini melibatkan banyak pekiraan kos lepas, tidak semua kehendak kita dapat dipenuhi. Untuk mendapat sesuatu, kita perlu melepaskan sesuatu. Semakin banyak dan besar keinginan kita, semakin banyak juga kos lepas dalam hidup kita” aku masih ingat lagi baris-baris ayat cikgu Hidia menjelaskan tentang konsep kos lepas. Ekonomi. Subjek yang paling aku minat semasa di tingkatan enam. Agak pelek aku meminati subjek ini. Aku sendiri tidak mengerti. Kerana selama ini aku sangat benci dengan apa sahaja subjek yang melibatkan pengiraan. Apakah yang telah merasuk jiwaku untuk sanggup bermati-matian menghabiskan masa saban malam membuat latihan ekonomi. Malah subjek sejarah yang selama ini sangat kuminati terabai begitu saja. Adakah cikgu Hidia? Atau adakah Cangloon?

Cangloon yang banyak memberi aku semangat untuk belajar bersungguh-sungguh semasa di tingkatan 6. Dia sering memberi kata-kata semangat dan mencabar aku untuk mendapat keputusan lebih baik darinya. Cikgu Hidia pula sangat mengambil berat. Walaupun mula-mula perkenalan kami aku berasa jengkel dengan cikgu Hidia kerana keletahnya yang suka bercakap dengan nada manja...atau dengan erti kata lain, gedik! Namun, dia bijak memasang umpan! Mungkin juga cikgu Hidia dapat menangkap wajah kurang senang yang aku pamerkan. Ku akui, aku sangat sukar untuk menyembunyikan ekspresi muka, apa jua yang terlintas di hati secara automatik dipancarkan oleh riak wajahku. Aku tidak punya topeng sosial, itu kelemahan ku yang paling nyata. Pasti. Cikgu Hidia pasti membaca ada tulisan “jengkel” di dahiku! Lantas dia memberi perhatian yang sedikit lebih kepadaku berbanding pelajar lain di dalam kelas. Hari pertama dia mengantikan cikgu Hui Chin Chin aku terasa sudah tidak bersemangat. Pendekatan mereka sangat berbeza. Tambahan pula aku lansung tidak mempunyai pengetahuan yang asas tentang subjek ekonomi. Seperti biasa, bila guru baru masuk...maka bermulalah sesi memperkenalkan diri. Namaku yang agak panjang sering mencuri perhatian. “Armahnurrasyikin Binti Said” lancar sekali cikgu Hidia membaca namaku dalam senarai nama pelajar, walaupun itu kali pertama dia membaca namaku. Jarang sekali orang boleh mengeja dan menyebut namaku dengan jelas dan lancar pada sebutan yang pertama! Aku agak kagum,namun itu tidak membuka hatiku untuk menerima beliau. Hari kedua kelas ekonomi bersama cikgu hidia, dia telah memberi tugasan kepada aku. Cikgu hidia mengarahkan ku untuk mencari maksud “ceteris peribus” satu istilah ekonomi yang tidak pernah aku dengar sebelum ini. “Saya nak esok awak terangkan kepada semua rakan-rakan sehingga mereka faham erti “ceteris peribus” arah cikgu Hidia dengan manja sambil tersenyum-senyum. Sesekali suaranya yang halus ala-ala Sizuka itu menjadi bahan tawa pelajar lelaki yang nakal. Cikgu Hidia tidak pernah berputus asa cuba menarik minat aku untuk memberi perhatian kepadanya ketika mengajar. Lama kelamaan aku rasa terhibur dengan telatahnya. Aku sangat menyanjungi beliau. Mungkin inilah yang dijelaskan oleh Erich Fromm bagaimana manusia itu bertindak balas dengan ransangan dari persekitaran. Aku berusaha menjadi yang terbaik di mata cikgu Hidia.

Namun sekarang aku di UPSI! mengambil jurusan kaunseling. Aku sering lupa kenyataan itu. Atau aku buat-buat lupa? Sejak menjejakkan kaki ke UPSI, aku seperti bukan diri aku. Walaupun setelah dua tehun berlalu. Namun aku masih juga belum bertemu jawapan yang pasti. Aku mencari sumber kekuatanku. Masih adakah lagi momentem hebat yang tersimpan di dalam diri aku? mampukah aku untuk membimbing anak-anak muridku kelak? Adakah saat ini aku dibelenggu janah kompleks? Yakni keadaan di mana perasaan takut dan bimbang sering membelenggu diri mengikut teori Maslow? “janah kompleks boleh membantutkan keupayaan kita untuk mencapai tahap kesempurnaan kendiri” En. Anuar pernah memberi peneranagan tentang janah kompleks dalam kelas teori personaliti. Malah, konsep janah konpleks juga tersisip dalam soalah akhir semester 2 yang lalu. Aku yakin menghurai dengan baik beserta contoh yang tepat. Berdasarkan pengalaman sendiri ia jadi lebih mudah agaknya. Mungkin.

Lucu. Aku tersenyum sendiri bila mengenangkan yang aku tidak pernah punya cita-cita sejak kecil sehinggalah tamat tingkatan enam.

“Saya nak jadi komunis!” aku dengan banganya memberitahu guru dan rakan sekelas. Walaupun peristiwa itu telah bebrlalu 16 tahun yang lalu, yakni semasa aku masih di pra sekolah, namun ia tidak mungkin bisa luput dalam ingatan. Kawan-kawan dan cikgu mentertawakan aku. Aku yang kurang faham akan maksud cita-cita hanya terkebil-kebil. Kenapa mereka ketawa. Kami di arah untuk duduk dalam bulatan besar dan menceritakan tentang cita-cita. Aku dengan penuh minat mendengar cita-cita rakan yang lain. Ada yang nak jadi bomba, polis, doktor, guru, angkasawan dan macam-macam lagi. Bila tiba giliran aku, aku menyatakan “saya nak jadi komunis” teburai tawa guru tadika dan raka-rakan yang lain. Aku terdiam. Tidak mengerti. Namun tersengih-sengih menahan malu. Rupa-rupanya konsep pemahaman aku terhadap cita-cita jauh sekali meleset! Menurut Ginzberg, pada usia 6 tahun kanak-kanak sudah mula berfantasi tentang cita-cita. Namun aku? ha..ha.. masa tu, aku mati-mati ingatkan cita-cita kita tidak boleh sama dengan orang lain. Bila semua nama pekerjaan yang pernah aku dengar pada masa itu telah disebut rakan-rakan. Aku mati akal. Hah, komunis! Takda sapa pun cakap nak jadi komunis maka dengan yakinya aku menyatakan cita-citaku hendak menjadi seorang komunis! Ha..ha.. mungkin Ginzberg perlu menambah satu lagi fasa dalam teorinya. Fasa sebelum fantasi...di mana kanak-kanak yang belum faham apa itu cita-cita namun telah mempunyai cita-cita. Tidak hairanlah sekarang kanak-kanak yang berusia 5 tahun boleh menembak bapa sendiri! Kerana konsep kematian itu belum mereka faham.

Aku kurang pasti mengapa aku tidak pernah punya cita-cita. Mungkin kerana keluargaku tidak pernah mengambil berat soal cita-cita. Kerana ayahku seorang yang liberal. Dia tidak pernah memaksa. Aku bebas membuat pilihan. Kebebasan yang diberikan oleh keluargaku mungkin menyebabkan aku rasa tidak penting. Erich Fromm menjelaskan konsep keselamatan vs kebebasan, apabila manusia yang mempunyai terlampau banyak kebebasan tanpa disedari dari sudut yang lain, mereka rasa jauh lebih berseorangan, kesepian, terasing dan tidak bermakna. Mungkin itu yang aku rasa bila keluarga memberi kelonggaran lebih untuk aku memilih berbanding adik beradik yang lain. Adakah kerana ini aku tidak punya cita-cita? kerana keluargaku tidak mengambil berat tentang kerjaya yang bakal aku pilih? Mungkin juga, kerana menurut Anne Roe pengasas kepada teori Pemilihan Kerjaya Roe,kualiti perhubungan awal yang di alami oleh individu mempengaruhi perkembangan minat individu.

Matlamat aku melanjutkan pengajian ke tingkatan 6 adalah untuk ke universiti, lansung tidak pernah terfikir tentang kerjaya. Malah semasa di tingkatan 5, ketika rakan-rakan sekelasku tekun belajar, aku hanya sambil lewa. Buku metematik tambahan yang diwajibkan cikgu Thein untuk dimiliki aku turuti. Namun, hasilnya...buku itu tersusun rapi di rak buku kamar tidurku. Buku itu masih cantik dan dara! Tanpa setitis dakwat pun.

Aku menghabiskan masa sepanjang dua tahun di tingkatan empat dan lima bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Dalam kelas aku tidur. Guru-guru yang sudah lali tidak mempedulikan aku. kadangkala terdengar jugak sindiran dari rakan-rakan lelaki yang nakal mengusik dengan ayat pedas.. “ penat sangat ke layan laki malam tadi?” aku kenal suara itu. Bryan! Biarlah. Dengan malas aku hanya memandang muka Bryan dan terus menyambung tidur.

Minggu pertama semasa di tingkatan 4, aku pernah berjumpa kaunselor sekolah untuk bertanya pendapat beliau, kerana aku berhasrat untuk bertukar aliran. Namun sistem sekolah tidak mengizinkan.Walaupun begitu aku tetap mendaftar subjek pendidikan seni untuk S.P.M. setiap kali diajurkan bengkel seni, akulah orang pertama yang mendaftar. Tidak kiralah seni lukis, penulisan atau apa sahaja yang berkait rapat dengan sesuatu yang halus serta abstrak. Apa saja pasal seni, pasti aku suka. Pernah ayahku menyidir dengan nada sinis bila mula menghidu minatku dalam bidang seni. “hai orang halus” sapa ayahku, sebaik saja muka ku tepacul di depan pintu. Aku yang kepenatan baru saja pulang dari menyertai bengkel penulisan bersama Lim Swe Tim selama 3 hari 2 malam di Pantai Damai lansung tidak mempedulikan sindiran ayahku. Laju saja kakiku menaiki anak tangga terus ke bilik tidur. Jais Sahok pun aku tidak lepaskan, inikan pula peluang untuk untuk bersua muka dengan penulis terkemuka seperti A.Samad Said dan Azizi Hj.Abdullah dan Lim Swe Tim. Mungkin ayahku mula risau bila melihat pencapaian akedemik ku semakin merundum. Sekali-sekali ibuku menegur, agar tidak mengabaikan pelajaran. Namun apakah erti teguran itu bagi jiwa seorang remaja yang sedang bekeliaran hormonya.

Rupanya apa yang aku alami semasa di menengah atas adalah peringkat percubaan menurut Ginzberg. Aku hanya memahami realiti kehidupan semasa bekerja di KFC Satok, Kuching. Ketika itulah aku menilai erti sebenar sebuah kelurga. Hidup ini tidak mudah,saat itu aku baru mengerti nilai wang dan kasih sayang. Aku Syukur kerna punya pengalaman ini. Jika tidak, mungkin selamanya aku terus berfantasi.

Ayahku melarang keras niatku untuk bekerja sementara menunggu keputusan SPM. Sekali lagi aku mengatur strategi untuk keluar dari rumah, namun kali kononya dengan strategi yang lebih bijak. Tanpa menimbulkan curiga, aku menyatakan hasrat untuk menziarahi nenek di kampung. Ayahku memberi wang saku. Dan aku keluar, tanpa rasa bersalah! “yes, langkah pertama berjaya”...getus hatiku saat itu barangkali. Setibanya di pekan Serian, aku tidak menaiki van ke Gedong. Sebaliknya, menaiki van ke bandar Kuching. Dua jam perjalanan dari Serian, maka tibalah di Bandar Kuching. Aku hanya menghantar sms kepada abangku menyatakan aku tidak jadi ke rumah nenek, sebaliknya ke rumah Mak Wa di Kuching. Padahal itu memang perancangan awalku! Aku berjalan dari kedai ke kedai, bertanyakan jawatan kosong. Tanpa sebarang kelulusan pendidikan pekerjaan apakah yang boleh aku perolehi dengan mudah. Setelah betanya beberapa buah kedai, akhirnya aku diterima berkerja di KFC Satok, yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuching.

Disanalah aku mengenal erti sebuah kehidupan yang sebenar. Aku belajar segalanya tentang kehidupan. Ilmu yang tidak mungkin diperolehi dengan duduk di dalam kelas. “syikin, cuci tandas masa general cleening nanti ya” arah auntie Rose. “ok” balasku slumber dan terus naik ke tingkat atas restorant. Aku hanya menabur serbuk klorin bercampur fabuloso dan menjirus dengan air. Seperti selalu. “oi...gosoklah makcik!” jerkah auntie Rose. Aku memandang ditanganya span untuk mencuci pinggan! Tuhan saja yang tahu perasaan aku saat menyeluk mangkuk tandas dengan tangan dan menyental setiap kotoran yang terpalit di sana. Kejam. Inilah realiti. Semua pekerja tidak menyenangi auntie Rose, garang! Sebaik saja dia keluar dari tandas, aku menyanyi sekuat hati. Mujur restorant telah ditutup.

Mungkin kerana marah dengan tindakan keluar dan bekerja tanpa kebenaran, ayahku tidak memberi wang saku pada bulan pertama aku bekerja. Pernah aku hanya meneguk air paip kerana tidak punya wang membeli makanan. Mujur kerja di restorant membolehkan pekerja mendapat makanan dan minuman percuma. Sudah menjadi kebiasaan aku saat itu hanya meneguk air paip sementara menunggu masuk waktu bekerja. Jika off day, aku hanya berbaring di bilik dan tidur. Tidak makan lansung. Di rumah aku tidak perlu mengemas apatah lagi memasak untuk keluarga, semuanya aku belajar semasa bekerja. Namun aku sudah biasa belapar kerana terbiasa mogok lapar di rumah.

Betapa penatnya menjadi seorang ayah mencari nafkah dan seorang ibu bersusah payah menyedikan keperluan harian untuk anak-anak tanpa pernah mengeluh pun. Setelah menyusun punched card di raknya kembali, kami akan berebut-rebut belari menaiki tangga belakang restoran, berebut memasuki bilik air. Seronok juga. Walaupun jam menunjukan pukul 12 tengah malam, namun barisan di hadapan bilik air masih panjang, masing-masing menunggu giliran untuk mandi. Hanya sebuah bilik air dan tandas disediakan untuk asrama pekerja. Sementara menunggu giliran, aku gemar melepak di bumbung bangunan. Melihat gelagat warga kota di tengah malam. Aku melihat sekumpulan anak muda menyelongkar tong sampah di belakang restoran. Dulu aku rasa mencurigai mereka, tidak sekarang. Mereka berebut-rebut mencari plastik yang berisi makanan! Pemandangan itu menjadi biasa pada bulan ketiga aku bekerja di KFC. Malah aku sendiri penah masuk ke dalam tong sampah DBKU yang besar dan berwarna hijau itu semata-mata mencari seplastik nugget discart yang sepatutnya dicatat timbanganya sebelum dibuang. Jika dulu, sangat pantang bagiku berkongsi minuman apatah lagi berkongsi sudu. Namun sejak bekerja, sempadan ruang hidupku semakin kecil. Mungkin kerana desakkan. Malah kak mit yang sering menggunakan towel ku, aku sudah tidak kisah. Cuma sweater hitam pemberian Canloong menjadi selimutku saban malam agak berat untuk dikongsi. Malam pertama tidur di asrama KFC itu, aku tidak membawa sebarang bekalan. Rupanya tiada sebarang kemudahan disediakan, Cuma disediakan dapur, dinding pemisah antara bilik. Bilik air dan tandas. Ya, sebuah t.v. Aku tidak lupa itu semua. Dengan berbantalkan beg, tanpa alas, hanya menyarungkan sweater, aku tidur saban malam. Hampir empat bulan lamanya. Ayah lansung tidak menghubungi ku selama sebulan. Aku tidak kisah pada mulanya, namun lama-lama aku mulai terasa rindu dan sayu. Perasaan bersalah mula menjalar dalam jiwaku. Hanya Cangloon yang kerap menghubungiku saban hari, bertanyakan kesihatan dan keadaan aku di Kuching. Walaupun Kuching dan Serian tidaklah sejauh mana, namun keegoan ayahku mungkin penyebap dia tidak pernah menjenguk aku di Kuching. Dengan inilah mungkin semangatku untuk belajar sungguh-sungguh semasa di tingkatan 6 sangat kuat. Aku memang menjangkakan keputusan SPM ku tidak akan melayakkan aku untuk memasuki matrikulasi atau mana-mana IPTA.Aku sudah bersedia. Setiap kali aku merasa penat menatap buku tingkatan 6 yang tebal-tebal belaka, aku akan mengimbas liku-liku yang ku lalui semasa bekerja. Aku jadi kuat. Apa sajalah penat membaca buku jika dibandingkan dengan keringat orang tuaku membesarkan aku selama ini. Sementara masih diberi kesempatan aku ingin menghadiakan kebahgian kepada mereka. Kerana ia tidak mungkin dapat kubayar dengan wang. Aku tahu itu.

Hmm..tapi di manakah kekuatan yang ku kumpul dulu? Bisaka kau jawab bulan? Mataku tertancap pada bulan yang sangat indah di langit. Sejuah itu pula aku mengimbas kisah silam.

“Woi frend!” jerkah Adik dari belakang “ko ni pegi ambil mancis ka, buat mancis?” gerutu ku sambil menyalakan mancis. “he..he..” Adik hanya tergelak.

“dik kau memang mau jadi kaunselor?” aku menyoal adik sambil menguis daun jambu yang sedang terbakar dengan daun kayu. “he..he..he ko tauk sudah jawapan dia frend” adik menjawab sambil tertawa. Lucu mungkin. Kerna kami sama-sama tidak pernah menyenaraikan kaunselor sebagai pilihan karier. Sebelum membuat pilihan untuk ke UPSI aku telah mempertimbangkan pendapat dari pelbagai pihak, termasuk kaunselor sekolah. Guru-guru lain tekejut dengan pilihanku, namun mereka tidak membantah cuma Madam Glad yang agak bekeras agar aku menerima tawaran pendidikan awal kanak-kanak di Maktab Batu Lintang, baginya itu yang paling sesuai dengan personaliti ku...kanak-kanak riang. Aku hairan kenapa kaunselor sekolah kami tidak pernah membuat ujian inventori bagi membantu pelajar memilih kerjaya yang sesuai dengan personaliti. Mungkin terlalu sibuk.

“Tidak ada apa yang perlu dikesalkan, semuanya telah tertulis di loh mahfuz” aku teringat kata-kata miza. Ya mungkin semuanya telah tertulis. Aku perlu yakin dengan kententuan ini.

Daun yang marak terbakar tadi hanya tinggal abu. Begitulah juga kehidupan kita di muka bumi ini. Hanya sementara. Selagi tuhan meminjamkan jasad ini, aku tidak akan mempersiakanya. Jiwa ku yang terasa kosong kebelakangan ini mulai terasa panas dengan semangat yang membara. Atau juga rasa panas itu kesan dari haba daun yang tebakar sebentar tadi. Sempat juga hati kecilku mengusik.

“Ko sudah siap novel?” adik tiba-tiba menyedarkan ku dari lamunan “belum” jawabku sambil berlalu masuk ke dalam rumah. Aku mahu segera mandi, kerana tiba-tiba aku dihujani idea untuk tulis sebentar lagi. Aku tidak mahu ia hilang begitu saja...perjalananku sejauh ini dan ia milikku.

Aku pasti. Perjalanan ini milikku.

Littlemenin


.

Littlemenin

...alam...


.


some of you may know this flower some im sure don't..
This majestic flower have so many names.
Queen of the night, Dutchman's Pipe, Midnight Bloom, etc.But to us in South East Asia there is a legend and myth behind this Bunga Bakawali name in Malay. However, it is called Epiphyllum Oxypetalum in Scientific terms. With an intoxicatingly extravagant fragrance, it will only bloom once, in the mysteriously unpredictable dark coldness of the night. A trait that makes this most rare flower only more obscured in Malay myths and superstitions. It started to bloom at 8.00 pm and fully bloom at 12.00 midnight.. after midnight it will slowly fading and totally close (dead) at 3 am.so far this year this is only the one in bloom.. big in size too actually its pure white but in my camera the Bakawali look a bit yellowish in some part.Hope you like this.
thanks for looking.
cheers, terry
“If nature were not beautiful, it would not be worth knowing, and if nature were not worth knowing, life would not be worth living” ~ Henri Poincare


.


YAKIN KE???
Ho3...best game nih. adakah anda benar-benar mempercayai rakan-rakan anda?


.



.


HUKUMAN
Pastinya setiap insan yang begelar pelajar takkan terlepas dari menerima hukuman...menyorot kembali zaman persekolahan, jiwa saya terusik... terkenang akan kenakalan, degil dan malas. Jika tidak kerana cikgu Liu Tze Zian yang mengetuk kepala saya..tidak mungkin saya boleh lulus subjek matematik...jika tidak kerana Cikgu Roslan yang merotan setiap minggu...tidak mungkin saya mengusai sains dengan baik..
Dewasa ini, guru-guru berhadapan dengan delima untuk menghukum... jangankan merotan, teguran yang baik dari seorang guru juga mungkin disahut dengan templak oleh pelajar. siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?


.

Hmmm...inilah program motivasi pertama kami, masa ni semester 2. Tugasan ini dibawah seliaan En.Samri untuk subjek hubungan etnik. Macam-macam cabaran masa nak laksanakanya, biasalah..kami budak baru belajar. Kira mantap jugakla kan..baru sem 2 dah kelua buat pogram..siap handle subconsious lagi...great team!

CINTA


.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap manusiaia laksana setetes embun yang turun dari langit, bersih dan suci
Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya
Jka ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela.
Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, disana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.
Hamka


.


Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenal dengan julukan HAMKA, yakni singkatan namanya, (lahir di desa kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, 17 Februari 1908 – meninggal di Jakarta, 24 Juli 1981 pada umur 73 tahun) adalah sastrawan Indonesia, sekaligus ulama, dan aktivis politik.
Belakangan ia diberikan sebutan Buya, yaitu panggilan buat orang Minangkabau yang berasal dari kata abi, abuya dalam bahasa Arab, yang berarti ayahku, atau seseorang yang dihormati.
Ayahnya adalah Syekh Abdul Karim bin Amrullah, yang dikenal sebagai Haji Rasul, yang merupakan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906.
Hamka adalah seorang otodidiak dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan seperti filsafat, sastra, sejarah, sosiologi dan politik, baik Islam maupun Barat. Dengan kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat menyelidiki karya ulama dan pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan Hussain Haikal. Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti karya sarjana Perancis, Inggris dan Jerman seperti Albert Camus, William James, Sigmund Freud, Arnold Toynbee, Jean Paul Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti. Hamka juga rajin membaca dan bertukar-tukar pikiran dengan tokoh-tokoh terkenal Jakarta seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas Surjopranoto, Haji Fachrudin, Ar Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo sambil mengasah bakatnya sehingga menjadi seorang ahli pidato yang handal.
(Sumber: [http://swaramuslim.net/galery/islam-indonesia/index.php?page=sabili5-pengkhianatan_atas_islam#05_hamka])

what is counseling???


.

What Is Counseling?

There are many myths about what Counseling entails. Most of them are rooted in some outdated ideas about psychology and psychotherapy. Unfortunately, images of old men in beards, clients on couches and patients in asylums still define what counseling is for many individuals who might benefit from what counseling offers today.

Often, people dismiss counseling as Something for “crazy people”? Professional help for people with really major problems?An activity for people who are way too preoccupied with themselves! A crutch for people who are just too weak to handle life.

OR

Where you go and get analyzed by somebody and then hope something changes for the better!
Usually, if counseling is described in these ways, the descriptions are coming from people who have never been to counseling....Counseling is many things....but a good place to start is by clarifying what counseling is NOT!

Counseling is NOT a place that people go to find out if they’re "crazy" ...but rather to get support because sometimes the world can seem pretty “crazy.”Counseling is NOT something that attends only to challenges regarded as “major problems” and dismissing things some may regard as “less important problems” but rather attends to the issues that students bring in whenever they feel the distress is getting in the way of living life with satisfaction. Counseling simply helps show those who come to counseling that they possess the strength and abilities to manage their challenges.Counseling is NOT an activity for self-absorbed people. In fact, most students who seek counseling are struggling because they are very sensitive to the feelings and experiences of others and want to preserve their relationships by working on the difficulties that threaten them.. Counseling is NOT an activity where one expert analyzes the client. Rather, it is an activity where counselor and client work as a team to make positive changes in the client's approach to life. Counseling is NOT a crutch for weak people. Rather, it is a vehicle for strong people who decide to face their challenges directly rather than continue in the more frightened and “escape”-oriented ways that others use to deal with difficulties.

A Mirror
Counseling is a unique relationship in which the Counselor’s job is to hold up a mirror for the client to see himself or herself in. We all have experiences in which we can’t see things about ourselves without a mirror.
Whether our hair is fully combed, whether we have something stuck in our teeth, or whether we have a wound in a hard to see place, we often need mirrors to see these things well enough to do something about them. And, sometimes, we need someone to hold the mirror so we can see the things at are at more hidden angles. In addition to knowing what angles to hold the mirror from, the counselor understands that sometimes it takes a while for folks to see what they need.... especially if there are more subtle things needing our recognition. Finally, because most people tend to be hard on themselves (if not downright mean to themselves) the counselor knows to hold the mirror in such a way that the client can see himself or herself from a caring, supportive, and sympathetic perspective.

Reflections
Often counselors seem to only be repeating what clients are saying to them or paraphrasing clients rather than giving answers.
I hear you saying....
It seems that you are....
I can feel that you are experiencing...
How does that make you feel?
What emotions do you have about this?
Actually, when counselors are doing this, there is a strategy behind it. Remember, counseling is not about experts fixing problematic people. Mirrors don’t comb our hair, they just motivate us to pick up the comb by showing the areas that need our attention.
When counselors ask such questions or make such statements, they are not necessarily seeking answers from clients. Rather, they are simply giving the clients an opportunity to focus on the things that seem out of view for them....
often this involves pointing the mirror to some neglected painful emotions.
Counseling is about reflecting back to the client that he or she is being heard and providing them an opportunity to hear themselves. Often, hearing one's own thoughts and feelings in another person's words adds a clarity and support that's difficult to grasp when the emotional turmoil simply swims around in our heads without any form. When students can see the most complete reflection of themselves, pain and all, they are more capable of learning about the details of themselves. With this enhanced perspective, those in counseling can make the adjustments needed to make their lives more satisfying.The Counseling RelationshipMirrors With ExpertiseSometimes, because Counselors have a lot of experience witnessing human beings in various forms of life challenges, they can ask questions or share observations that are more revealing than what friends or family members might say. With these new revelations, clients make decisions and--with the support of the counselor-- clients take action toward positive growth in their lives.Thus, the relationship between the Counselor (this supportive mirror) and the Client, is helpful in and of itself. The Counseling Relationship is one that exists between a person with caring expertise and a person with discouraging isolation around difficult life experiences. It is a relationship that emerges through a sharing of personal history and exploring powerful emotions.
Confusions Traumas Rejections Hurt Hopes Anger Fears Abandonment
Because the counselor is a real person who typically cares genuinely about the client, a relationship develops between the person of the counselor and the person of the client. Genuine connection, defined by a closeness between two persons out of the trust-based sharing, emerges between them.However, because the counselor typically self-discloses very little in the counseling relationship in order to maintain a focus on meeting the client’s needs, and because the counselor’s job is to “hold up the mirror,” you, the client are actually forming a new relationship with yourself--- in more emotional detail and with a more accepting perspective. Thus, the client in pain and confusion begins to form a close relationship with the client as a growing individual, increasingly equipped to take care of him or her Self. This point is important to emphasize because it explains Counseling as a venture aimed at helping clients become autonomous rather than fostering dependence on professionals.

Mirrors Come in Different Shapes
There are different formats of counseling and different approaches counselors may take, but most are in one of three forms: Individual Counseling, Couples Counseling, and Group CounselingStudents are often hesitant to engage in anything other than individual counseling. While often this is the most appropriate intervention, the other formats have unique advantages that should be considered.Often, students are resistant to couples counseling, opting to talk “about their relationship” with a counselor in individual counseling. Couples Counseling adds the partner’s perspective to the counseling to the benefits of individual counseling. Group Counseling, a prospect that is intimidating to many students, has several advantages. For one thing, Group Counseling provides at least as many mirrors as there are group members, compared to the single mirror available in individual counseling. When a person’s difficulties have a significant interpersonal component---in other words, if the client’s struggle is something that impacts relationships with others---Group Counseling is often most helpful because it provides a safe place to get feedback on how they are experienced by others.For individuals having difficulty establishing or maintaining relationships...
Shyness, New Friends or New Romantic Interests Don’t Call, Confusing Conflicts, Feeling Left Out from Social Groups---....the group offers an arena where the client eventually begins acting and reacting in similar ways to their relating style outside the group....The group, facilitated toward a supportive and caring approach, can shed light in how you may come across as well as helping correct some incorrect assumptions that may lead to some of the relationship difficulties to begin with.

So What Is Counseling?
It’s an Honest and Supportive Mirror It’s a Relationship that Builds Confidence.
It’s available for any Georgia State University student who may need to explore some of the difficulties that have started to form barriers to success and satisfaction with this thing called Life.
Contact UsIf you decide that you might want to explore Counseling as a resource, call or come by to schedule an appointment. The Counseling Center106 Courtland StreetMonday - Friday Open From 9am - 5:pm(Evening Hours Available on Tuesdays When Classes are in Session)(404) 413-1640
Return to Your LifeShops Menu Page

(c) 2003. LifeShops Outreach Products.

HaRi iTu


.

Hari itu, di sebuah pondok usang… seorang bapa termenung panjang… memikir soal uwang dan masa depan…

Hari itu,di sebuah pondok usang… seorang ibu tidur kepenatan…kerna hilang sebuah malam… bimbang akan anaknya yang demam…

Hari itu, seorang bapa sanggup berhutang…kerna membeli anaknya kasut sepasang

Hari itu, seorang anak menyepahkan buku… minatnya hanya senapang kayu…

Hari itu, seorang anak ke sekolah…dengan baju dan kasut baru…
bekenalan dengan sahabat dan juga guru…

Hari itu, seorang anak belajar menghisap...dan menghidu…yang tidak menentu…

Hari itu, seorang anak menempik guru…kerna disuruh membutangkan baju…

Hari itu, seorang anak gagal periksa...lansung tidak rasa kecewa...

Hari ini,
seorang bapa dan ibu tua…masih menghuni pondok pusaka…
meniti hujung usia tanpa setitis air mata…kerna duka...
telah sebati dalam jiwa…

Hari ini, seorang anak duduk dipenjara…baru mengenal duka dan lara…mengharap belas seorang tua… yang digelar ibu dan bapa.



2.julai.06 nikiys

KeHiDuPan...


.

JIKA...
kehidupan itu seperti roda,
ada yang dibawah...memberi ruang untuk yang diatas...
JIKA...
kehidupan itu sebuah perjalanan,
pasti ada lurah dan liku...untuk menuju puncak...
JIKA...
kehidupan itu seperti alam,
kematian bermakna untuk meneruskan kehidupan...

Seperti Apapun Kehidupan...
YANG PASTI, kita cuma ada SATU KEHIDUPAN...satu perjalanan...untuk menuju keabadian...


.

malam yg penat..hanya ingin melelapkan mata..