mengubat hati ... mengingat mati


.


hari ini, memberi sedikit masa utk diri sendiri. mengubat hati. membaca tentang mati. membaca tentang mati. membaca tentang mati. membaca lagi tentang mati. dan mati.

mati. satu garisan pemisah yang akan dirasai oleh setiap makhluk yang hidup. saat itu, jasad kaku dan beku. walau sekaya mana kita..sekuat mana kita...sehebat mana kita..atau seagung mana kedudukan kita... jasad kaku itu tidak mampu berbuat apa-apa. ia tetap disitu. kaku!

kenapa hari ini aku memilih mati?
satu satunya pekara yang membuat kita kuat utk melepaskan segala kecintaan dunia.. hanyalah M.A.T.I .

bukan mudah. bukan mudah utk melepaskan dunia yg kita rasakan cukup indah sekali.

pertamanya, aku masih muda. aku sering lupa...mati itu tidak mengira usia.

pernah aku melepaskan...seluruh rasa cinta...kerna mengigat DIA... ya Allah.. yang memiliki semuanya. aku buang semua rasa. tidak mungkin ada manusia boleh memberi cinta seindah Dia.
bila dipinjamkanNYA sedikit kemanisan.. aku kembali lagi ..lupa. lupa semuanya MILIK DIA.

namun..DIA, tetap menunggu kita dengan sabar.. menunggu kita kembali kpdNYA.



Reactions: 

TANGGUNGJAWAB


.

Peringkat : Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah/Rendah
Jawatan : Pegawai Bimbingan dan Kaunseling Sekolah (DG3/DG6)
~Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling sekolah.
~Mengenal pasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.

~Merancang, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.

~Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.

~Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.

~Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.

~Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.

~Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPVM dan STPM.

~Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.

~Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

~Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

~Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.

~Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

~Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

~Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

~Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

~Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya. Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.

~Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.

~Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.

~Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah

~Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

~Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
~Mengenal pasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan , soal selidik , temu bual dan perbincangan dengan pelajar , guru , pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas pelajar.

~Merancang ,mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
~Mengumpul ,menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai .

~Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum .

~Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika .

~Merancang, melaksana dan mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.

~Merancang, melaksana dan mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan UPSR dan Ujian Bulanan

~Merancang, melaksana mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah , rokok dan alkohol.

~Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah terpilih.

~Merancang, melaksana mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

~Merancang, melaksana mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru , kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.

~Membuat penilaian aktiviti , modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

~Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan beban resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

~Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

~Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

~Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru , kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.

~Menjadi personel perhubungan /seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.

~Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.

~Menjadi Ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah

~Menjadi Penyelaras dalam Program Mentor-Mentee sekolah.
~Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri , kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

Reactions: 

HARAM HUKUMNYA...BERBUAT BAIK.


.

huh. pernah terfikir tak yang berbuat baik perlu tengok situasi.. situasi itu mengizinkan atau tidak untuk kita berbuat kebaikkan.


macam tak logik kan. tapi itulah hakikat. sumpah. kalau nak buat baik sekarang ni kena fikir banyak kali. korang jangan semudah mudahnya nak berbuat baik sekarang..bukan arr nak suroh korang wat jahat.

banyak kali dah benda ni jadi kat aku, tapi susah nak ambik jadi pengajaran untuk berubah..sebap tu dah nilai yang aku pegang. so memang agak susah nak berubah.

sebap tulus sangat... kejadian ni masa sem 6 , aku duduk kat taman u di Tanjung Malim. adalah mamat tu..datang umah.. nak pinjam enpon.. katanya nak call tukang paip. sebap paip pecah kat blakang umah aku. dengan mengongnya aku bagi ar hp yang aku baru guna seminggu... kompom2 sure la dia bawak lari tak pandang blakang dahhh
sadis ahh. tu satu di antara banyak2 peristiwa yang lain.

baru2 ni la..yang terbaeeeek dan aku betul2 faham. memang ada masanya...HARAM BERBUAT BAIK. aku ngan kawan aku ni..g la ronda petang2 kat sekolah, menyapa budak..masok la dewan makan.. saja nak mendekati pelajar nih. sambil tu duduk2 la borak ngan warden. baru seminggu wat camtu.. adalah pulak suara2 sumbang..kata kitaorg ni makan makanan budak kat dewan makan tu..lagi tak sedap..dan bertambah sumbang..dia bleh pulak cakap "kalau nak makan pun, tunggu ar budak2 abis makan dulu" wahhhh. kebulur sangat ke teman ni weii.

begitulah. walaupun niat kita baik dan kita selalu ingin dan sentiasa berbuat kebaikkan. tapi, fikir-fikirkanlah. setakat mana kita perlu berhenti dan biar bantuan itu dari TUHAN.

Reactions: 

sudut gelap.


.

saat sendirian di sudut gelap. segala bayang hitam yang kelam dan seram menjelma.


aku : pejamkanlah mata...

dia : tidak!

aku : kenapa tidak?

dia : dalam gelap. ada tangan-tangan besar yang akan memusnahkan hidup saya. dalam gelap. tinggal saya sendirian. ketakutan. kesunyian. saat gelap itu mencengkap.

aku : kamu memilih untuk lagi dari gelap?

dia : tidak mungkin saya sanggup bergelap!

aku : kalau gelap itu memberi kamu ruang untuk sendiri. kalau gelap itu mengajar kamu mengenal diri. kalau gelap itu sepi...kalau gelap itu sunyi. tidakkah kamu rasa gelap itu tempat terbaik untuk sendiri? untuk mengenal diri?

dia : diam.

aku : diam.

Reactions: 

Littlemenin


.

Littlemenin

Reactions: 

.

ha3..dulu masa aku jadi budak sekolah.. salu buat hal. tido dalam kelas..tak masok kelas, lepak bilik sakit...tak buat keja sekolah...becakap time cikgu ngajar..huh. tak sangka pulak aku pilih jadi cikgu...cikgu ke? kaunselor..ermmm.. kompius.


Ya Allah, berkatilah kehidupan guru-guruku...yang begitu sabar dan gigih mendidik kami...berikanlah mereka ketabahan dan kekuatan..iklaskanlah hati mereka..murahkan rezeki mereka..permudahkan kehidupan mereka di dunia dan akhirat..AMIN.

dan hari ini..aku sedang berpraktikum..meniti hari-hari sebagai guru pelatih...ermm kaunselor pelatih, mungkin lebih tepat. bidang tugas yang lain, tapi di tempat yang sama...memegang matlamat dan prinsip yang sama seperti guru-guru lain...as nation builder. wah. poyo.

selama 9 minggu ini..begitu..begituuuuuu banyakkkk sekali pengalaman yang ditimba. pertama kali menjejak kaki ke Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh ini..pasti..sungguhlah pasti, terfikir tentang pelbagai cabaran yang bakal dihadapi.

minggu pertama, dimulakan dengan kepeningan untuk memenuhi ratusan jam sesi kaunseling yang perlu dilaksanakan...namun sekarang, pada minggu ke sembilan. aku mengerti..ada pekara yang lebih penting. jauh lebih penting dari jam sesi yang perlu dipenuhi itu.

dalam keserabutan. sumpah serabut. kecelaruan.. "bimbingan dan kaunseling" aku keliru. apa aku di sini sebagai "kaunselor" atau "cikgu" atau "kakak" atau "adik" atau "ibu" huh. banyak sekali kecelaruan dalam diri...sehingga pada satu masa...aku merasakan tidak mampu lagi untuk mendengar..sebab aku tidak tahu memberi respon sebagai siapa...

akhirnya...setelah beberapa ketika, merasa berat. merasa dihempap. merasa terpukul dan memikul. aku semakin mengerti... apa isunya..apa masaalahnya. dan siapa aku,dimana aku, apa tindakan aku..dan bagaimana seharusnya aku mengurus diri aku...

asasnya "pendidikan bimbingan dan kaunseling" atas nama cikgu. bertugas sebagai kaunselor. huh. bukan sesuatu yang mudah. Etika kaunseling mengikat kita dengan pelbagai pekara yang perlu kita pegang, sebagai pengamal satu profession dan kita perlu professional. namun, "bimbingan" itu.. disitu.. disitu tugas kita sebagai guru. guru yang menjar. guru yang mendidik. guru yang membimbing. guru yang membentuk.

aku belajar banyak disini. TERIMA KASIH WARGA SABDA. kak ina, ibu zai..kak shida.. puan hajah...my dear friend Asikin Bakar. dan semuanya.

Reactions: 

tak mungkin boleh dibeli...pengalaman ini.


.

ho3.. hari kejadian ini sangat BEST. Asikin Bakar sebagai setiausaha pogram...merangkap pengarah dan segala galanya...kecuali bendahari..he3. as u all know Asikin Bakar memang mantap..and owez mantooppp all the time.


masa ni pulak..aku handle explorace.. di pendekan crita nya.. adalah satu chek point nih.. aku suruh budak2 nih cuci tandas... punyalah kreatif budak2 nih...diorang g letak tanah..sampah and bijik cili kat semua toilet.. hadoiihh.

kemuncaknya. . . dan dannn la plak time tu kat dewan sekolah ada majlis pesaraan pengetua2 hilir perak. ha2...tandas v.i.p pun budak2 ni jahanamkan. apa lagiiiii..angin la pengetua sekolah. kalau aku pun aku hanginn. dan.. tak pasal2 la aku dan sikin menjadi cleaner ...hu3.

best kan. macam2 arghhh budak2 ni. pengajaranya...ermm apa eh? besedialah.. sungguh kita tak boleh nak jangka apa yang akan terjadi.

Reactions: