sebelum aku menjadi cikgu...


.

ha3..dulu masa aku jadi budak sekolah.. salu buat hal. tido dalam kelas..tak masok kelas, lepak bilik sakit...tak buat keja sekolah...becakap time cikgu ngajar..huh. tak sangka pulak aku pilih jadi cikgu...cikgu ke? kaunselor..ermmm.. kompius.


Ya Allah, berkatilah kehidupan guru-guruku...yang begitu sabar dan gigih mendidik kami...berikanlah mereka ketabahan dan kekuatan..iklaskanlah hati mereka..murahkan rezeki mereka..permudahkan kehidupan mereka di dunia dan akhirat..AMIN.

dan hari ini..aku sedang berpraktikum..meniti hari-hari sebagai guru pelatih...ermm kaunselor pelatih, mungkin lebih tepat. bidang tugas yang lain, tapi di tempat yang sama...memegang matlamat dan prinsip yang sama seperti guru-guru lain...as nation builder. wah. poyo.
selama 9 minggu ini..begitu..begituuuuuu banyakkkk sekali pengalaman yang ditimba. pertama kali menjejak kaki ke Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh ini..pasti..sungguhlah pasti, terfikir tentang pelbagai cabaran yang bakal dihadapi.

minggu pertama, dimulakan dengan kepeningan untuk memenuhi ratusan jam sesi kaunseling yang perlu dilaksanakan...namun sekarang, pada minggu ke sembilan. aku mengerti..ada pekara yang lebih penting. jauh lebih penting dari jam sesi yang perlu dipenuhi itu.

dalam keserabutan. sumpah serabut. kecelaruan.. "bimbingan dan kaunseling" aku keliru. apa aku di sini sebagai "kaunselor" atau "cikgu" atau "kakak" atau "adik" atau "ibu" huh. banyak sekali kecelaruan dalam diri...sehingga pada satu masa...aku merasakan tidak mampu lagi untuk mendengar..sebab aku tidak tahu memberi respon sebagai siapa...

akhirnya...setelah beberapa ketika, merasa berat. merasa dihempap. merasa terpukul dan memikul. aku semakin mengerti... apa isunya..apa masaalahnya. dan siapa aku,dimana aku, apa tindakan aku..dan bagaimana seharusnya aku mengurus diri aku...

asasnya "pendidikan bimbingan dan kaunseling" atas nama cikgu. bertugas sebagai kaunselor. huh. bukan sesuatu yang mudah. Etika kaunseling mengikat kita dengan pelbagai pekara yang perlu kita pegang, sebagai pengamal satu profession dan kita perlu professional. namun, "bimbingan" itu.. disitu.. disitu tugas kita sebagai guru. guru yang menjar. guru yang mendidik. guru yang membimbing. guru yang membentuk.

aku belajar banyak disini. TERIMA KASIH WARGA SABDA. kak ina, ibu zai..kak shida.. puan hajah...my dear friend Asikin Bakar. dan semuanya.

Your Reply